Sue & Ady

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Wazif Syahmi

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, April 13, 2010

Buat insan istimewa

Esok 14 hb April, genap 2 tahun pemergian insan yg saya rs paling istimewa yg saya pernah kenal iaitu kakak ipar saya Nor Hana bt Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Among dikalangan adik beradik dan saudara mara. tapi saya panggil kak ana.. Kak ana meninggal di usia 37 tahun...



Arwah Kak Ana

Kak ana ni kakak nombor 2 pada suami saya
Kak ana orgnya bertubuh kecil, tp semangat dia sgt kuat...kalau dia bwk Van atau Storm mmg nampak kepala jer...dia mmg seorg yg sgt cekal...even ms rumahtangga dia bergolak, dia masih blh simpan rahsia tu seorg diri tanpa meluahkan pd sesiapa... bila dia diumpat dikeji oleh keluarga sebelah suami dia, dia masih boleh sabar dan berdiam diri...

Kak ana boleh kerja 24 jam sehari...sy x pernah tgk dia marah...even ngan anak2 and dgn pekerja dia sendiri...suami saya x rapat sgt ngan adik beradik yg lain, tp ngan kak ana ni dia syg sgt2! MIL saya ckp dr kecil lg suami sy rapat sgt ngan arwah...

Arwah x pernah kedekut...sgt2 murah hati... dia x kisah langsung bab2 duit ni...kalau berbelanja mesti dia yg kuarkan duit...

Saya dan bakal family (masa ni lah) masa ni kak ana lah belanja

Saya syg kak ana mcm kakak sy sendiri... dia blh senyum mcm x ada apa2 masalah yg berlaku dlm hidup dia, walaupun dia tau x semua org sukakan suami dia atas sbb yg pernah terjadi dlm rumahtangga dia. Masa dia mengandungkan anak ke3 dia masih blh masak kat kantin sbb tukang masak dia berhenti.. sungguh cekal kak ana ni, walaupun tgh sarat mengandung dia boleh ke pasar borong utk beli barang2 kantin..semua dia yg lakukan baik utk kantin dan jugak urusan rumah... dia memang wanita yg hebat...

Kalau ada ms terluang dia ajak bercuti kat PD, bwk pekerja2, adik beradik...semua kos dia yg tanggung... kalau sy bergaduh ngan boyfriend saya sampai nak putus pun sy akan ckp ngan boyfriend sy, sy boleh x jumpa dia lagi tp bukan ngan kak ana sbb sy syg kak ana mcm kakak sy sendiri. Ms hubungan sy ngan suami sy bergolak, kak ana lah yg bantu sy, mendengar semua mslh sy, beri nasihat pd saya... (kak ana sy x boleh lupakan kak ana sampai bila2)

pada 13 April 2008,, Kak ana ada dtg rumah adik dia, (sy panggil kakcek) kat Klang iaitu umah yg sy tinggal ketika itu... mcm x ada apa2 yg aneh kami berborak seperti biasa...cuma dia ckp ubat dia dah habis, hr Ahad farmasi dah tutup...so dia g klinik ambil ubat tp bukan ubat yg dia mkn hari2 tu... Kak ana ada lelah..dr kecil dia memang ada sakit asthma tu... so, dia memang x boleh kalau x mkn ubat tu...

Mlm tu pukul 2 pg kakcek kejut bgn dia ckp abg tapa tipon bg tau kak ana kena semput, skrg kat hospital seremban... kami pun bergegas terus ke hospital seremban. sampai hospital saya nampak anak2 kak ana Fuad, Syafiq and Isya yg ms tu baru umur 6 tahun duduk kat lantai depan Emergency Room.. kak ana masih kat dalam ER lagi...critical sbb masa dia pengsan, oksigen x sampai ke otak... doktor ckp peluang utk hidup 50-50... kalau hidup pun dia x mcm org normal dah sbb dia mungkin mengalami kecacatan otak... sy sedih sgt ms tu sbb anak2 kak ana semua masih perlukan dia.. Fuad baru 16thn, Syafiq baru 14 tahun and Isya baru 6 tahun... Isya masih kecil lagi... dia menangis kat kakcek yg dia panggil makcek... " Cek... mak adik...."

Isya dan Abg Tapa masa sukan tadika (masa ni arwah br meninggal)

Kami bergilir2 masuk jenguk kak ana kat dlm ER, sy x sanggup tgk mcm2 tiub and wayar kat tubuh kak ana, doktor still nak monitor lg... jam 4 pagi, kak ana dibawa ke wad.. masa tu kak ana koma tp dia dibawa ke wad biasa... kesian kak ana..sbb ICU penuh ms tu..tau2 je lah hospital kerajaan... kami bergilir2 naik teman kak ana.. x boleh ramai2 tunggu kat dlm wad. Syafiq x nak berganjak tunggu kak ana, walaupun sy x nampak dia menangis...tp sy tau hati dia sedih... saya dgr dia ckp " mak bgn lah..." selama kami bergilir2 masuk wad, sy cuma tgk syafiq pandang je kak ana,, sambil pegang tgn kak ana... sy tgk muka kak ana, dia mcm org tgh tidur cuma tiub yg dimasukkan dlm mulut dia jer yg sy rasa menyeksakan dia...

Pukul 7 pagi, keadaan kak ana x begitu baik, jantung kak ana beberapa kali terhenti... doktor berulang kali buat cpr... utk kali yg keempat, doktor ckp kalau jantung dia berhenti lagi, doktor x kan buat cpr lagi... mesti kak ana ms tu skt sgt... kira2 jam 9 pagi kak ana pergi meninggalkan kami semua... masa doktor ckp dia dah x ada...sy tgk isya menangis peluk abg tapa... syafiq ngan fuad menangis panggil mak.... sy x sanggup nak tgk semua tu... lutut sy menggeletar...sy x percaya kak ana dah x ada... br semalam kami berborak mcm biasa... saya terkilan kak ana x sempat tgk sy dan adik dia berkahwin... x lama kemudian ayah, mak dan boyfriend sy sampai... masa tu mak kak ana menangis semahu2 nya... mak memang sensitif orgnya.. mak x kuat nak tempuh semua ni..berbulan2 lamanya mak asyik menangis je... even sampai skrg pun kalau dia terkenangkan arwah dia akan menangis lagi...boyfriend sy cuma menangis siki jer... kemudian kami semua tunggu kat bilik mayat... mayat arwah dibawa ke kg utk dikebumikan pd hari itu juga dgn van jenazah...saya sempat call mak sy bg tau kematian kak ana.

Sampai di kampung sudah ramai yg menunggu di luar rumah, saudara mara juga dah ramai yg sampai. Semasa mandikan jenazah...sy tgk muka arwah tenang je... mayat arwah dikebumikan pada pukul 3 ptg... semasa mayat diturunkan kedalam kubur sy lihat abg tapa lama menatap wajah arwah sambil yg lain tunggu utk mengambuskan tanah... Fuad ckp " abah dah la tu..." ms tu sedih2 sgt2... x tahu apa yg terbuku dlm hati abg tapa... susah dia nak melepaskan arwah pergi... sy kesian kan isya... dia masih kecil ketika itu... mcm mn ngan kehidupan dia selepas ini... sy teringat arwah pernah berpesan pd fuad..." bang, ko belajar la rajin2. esok bila mak dah mati nanti abah pulak kawen lain ko tau lah cane...ko ingat mak ckp ni, kat kerusi ni mak duduk, kak su kau jadi saksi mak ckp ni.." ms tu sy cuma tergelak je...tp skrg sy menangis... sepanjing penulisan sy ni air mata sy x berhenti2 mengalir... mlm tu kak ipar sy ckp suami saya menangis semahu2nya...tersedu2 sampai kakak ipar saya tu x boleh tidur... mungkin dia br nak lepaskan semua sbb ms siang tu sy tgk dia berlagak mcm biasa je... arwah yg paling rapat ngan dia, now dia rs dia hilang tempat dia nak mengadu...

last 2 weeks sy dikejutkan ngan berita Fuad xcident... kakcek menangis ms bg tau sy...dia rs dia x blh nak tempuh satu lagi kematian.. anak arwah xcident... kami terus bergegas ke hospital seremban dgn menaiki kereta masing2 sbb nanti sy nak ambil wazif dr umah pengasuh.. Fuad kat dlm ER yg sama masa mak dia dulu... kami menuggu dia dilantai yg sama ketika kami tunggu arwah mak dia dulu...teringat balik masa peristiwa arwah dulu... Fuad patah kaki..dia cuma ckp x ada apa2...tp kami risau jugak sbb kepala dia luka juga...takut2 ada darah beku... tp mujur x ada apa2...

Fuad dalam ER


Kami tetap akan mengingati arwah sampai bila2... Kak ana, walaupun sy x pernah ckp apa2 ngan kak ana...sy syg sgt kat kak ana... rs berat sgt dada ni sbb rindu kat kak ana... nak sgt sy mimpikan kak ana... rindu nak mkn msk kicap kak ana... berat sgt rasanya...sy yg org luar ketika itu pun rs mcm ni dan utk adik beradik dia apatah lagi...kehilangan dia begitu dirasakan... sebab dia pergi tanpa jangkaan apa2...



Isya yg masih kecil

Arwah ngan Kakcek



Kami di PD

We love u forever... AL-fatihah..


2 comments:

  1. ya allah sedih tengok pic arwah ni...
    lagi baca2 lagi nangis >,< (rose)

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu...tu lah... sampai bla2 pun dok ingat kat dia..

    ReplyDelete