Sue & Ady

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Wazif Syahmi

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, April 29, 2010

Mengandung

Dah lama sy tak menjengah disini. Hari ni system kat office sy down. Bosan jadi saya menulis disini. Semalam saya dan suami saya bercakap mengenai hal2 perempuan mengandung ni. Dia bg tau yang kwn dia mungkin x boleh mengandung lagi kerana cara hidup perempuan tu masa muda dahulu sangat2 social. Perempuan tu juga pernah menggugurkan kandungan. Dan sekarang dia baru berkahwin dan sudah insaf.. Pada pendapat saya x semestinya dia x boleh mengandung hanya kerana dia pernah meneguk arak, mengambil ganja atau menggugurkan kandungan. Saya juga mempunyai kwn ketika saya belajar di U dulu,, saya memang x tahu yg dia pernah mengandung sepanjang kami belajar kat U itu, cara hidup dan pergaulan dia juga bebas... setelah tamat belajar, My BFF bg tau yg selama kami di U itu kwn kami yg sorg tu pernah menggugurkan kandungannya sebnyak 3 kali dan sekarang dia sudah berkahwin and mempunyai seorg anak perempuan yg sangat comel... Apa yang saya nak katakan disini... kita hanya perlu berusaha, berdoa pada tuhan agar tuhan ampunkan dosa2 kita yg lalu dan permudahkan kita utk mempunyai zuriat...jgn cepat putus asa kerana tuhan tu maha pengampun.




My BFF , sebelum dia berkahwin, dia mempunyai masalah period pain yg maha dasyat. Knp sy ckp dasyat sbb bila dia dtg period je dia akan demam, menggigil2, sakit perut sampai berguling2, kdg2 muntah, sampai x boleh pergi kerja and sebulan 2x mesti dia period. bila dia check ngan pakar, doc ckp saluran dia sempit sampai darah period dia terkumpul kat dlm perut dia and dia memang x blh mengandung!!! kesian my BFF tu...tp dia cool je..sbb dia ckp Doc bukan tuhan, kita x tahu lagi betul ke x...so my bff pergi jumpa pakar lain and doc tu pun ckp yg sama yg dia x blh mengandung!!!



Saya bawa dia jumpa seorg kakak ni di seremban, tujuan kedatangan kami ketika itu ialah ingin buat facial muka sbb kakak ni ada buat facial muka secara traditional..... masa ni lagi beberapa bulan kami berdua akan berkahwin. kakak tu pegang pinggang my bff then dia ckp rahim awak ni rahim jantung... and ada masalah pd rahim awak ni... kami memang x ckp apa2 ms dtg kesitu and tujuan kami ialah nak buat facial je. Then dia bg tau my BFF ni susah nak mengandung and kalau dah mengandung pun susah nak lekat. tp kita blh berusaha, so kwn saya pun buat treatment ngan kakak ni and selepas my bff ni berkahwin kami semua agak terkejut juga bila my BFF ni bunting pelamin!!!!! rasa nak pergi je jumpa doc yg ckp dia x blh mengandung tu... siap ayat doc tu kalau awak bersekedudukan pun x pe,sbb awak memang x blh ngandung. sampai mcm tu sekali. tp diawal2 ms dia mengandung tu dia ada rs mcm nak gugur and dia terus jumpa kakak tu utk diurut dan alhamdulillah sekarang ni anak dia dah 8 bulan and sekarag ni dia sedang mengandungkan anak dia yg no 2. hahahahaha...dia ckp 'terxcident'...hahahaha... mudah sgt betul dia mengandung... cuma masa dia bersalin tu je susah sikit sbb saluran dia sempit so dia kena operation.


gambar hiasan je...


Saya pun dulu 5 bulan selepas kahwin baru mengandung... jadi kesimpulannya...kita cuma perlu berusaha dan tuhan yg akan tentukan segala2nya... jgn kecewa, jgn putus asa...amin.

nota kaki : ada kwn sy yg sorg tu, pernah gugurkan kandungan 3x, dan sekarg bila dah kawin dia x blh mengandung dah...moral of the story jgn la buat maksiat sbb tuhan tu nak bls x pyh tunggu akhirat, kat dunia je dia dah tunjuk

Tuesday, April 13, 2010

Buat insan istimewa

Esok 14 hb April, genap 2 tahun pemergian insan yg saya rs paling istimewa yg saya pernah kenal iaitu kakak ipar saya Nor Hana bt Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Among dikalangan adik beradik dan saudara mara. tapi saya panggil kak ana.. Kak ana meninggal di usia 37 tahun...



Arwah Kak Ana

Kak ana ni kakak nombor 2 pada suami saya
Kak ana orgnya bertubuh kecil, tp semangat dia sgt kuat...kalau dia bwk Van atau Storm mmg nampak kepala jer...dia mmg seorg yg sgt cekal...even ms rumahtangga dia bergolak, dia masih blh simpan rahsia tu seorg diri tanpa meluahkan pd sesiapa... bila dia diumpat dikeji oleh keluarga sebelah suami dia, dia masih boleh sabar dan berdiam diri...

Kak ana boleh kerja 24 jam sehari...sy x pernah tgk dia marah...even ngan anak2 and dgn pekerja dia sendiri...suami saya x rapat sgt ngan adik beradik yg lain, tp ngan kak ana ni dia syg sgt2! MIL saya ckp dr kecil lg suami sy rapat sgt ngan arwah...

Arwah x pernah kedekut...sgt2 murah hati... dia x kisah langsung bab2 duit ni...kalau berbelanja mesti dia yg kuarkan duit...

Saya dan bakal family (masa ni lah) masa ni kak ana lah belanja

Saya syg kak ana mcm kakak sy sendiri... dia blh senyum mcm x ada apa2 masalah yg berlaku dlm hidup dia, walaupun dia tau x semua org sukakan suami dia atas sbb yg pernah terjadi dlm rumahtangga dia. Masa dia mengandungkan anak ke3 dia masih blh masak kat kantin sbb tukang masak dia berhenti.. sungguh cekal kak ana ni, walaupun tgh sarat mengandung dia boleh ke pasar borong utk beli barang2 kantin..semua dia yg lakukan baik utk kantin dan jugak urusan rumah... dia memang wanita yg hebat...

Kalau ada ms terluang dia ajak bercuti kat PD, bwk pekerja2, adik beradik...semua kos dia yg tanggung... kalau sy bergaduh ngan boyfriend saya sampai nak putus pun sy akan ckp ngan boyfriend sy, sy boleh x jumpa dia lagi tp bukan ngan kak ana sbb sy syg kak ana mcm kakak sy sendiri. Ms hubungan sy ngan suami sy bergolak, kak ana lah yg bantu sy, mendengar semua mslh sy, beri nasihat pd saya... (kak ana sy x boleh lupakan kak ana sampai bila2)

pada 13 April 2008,, Kak ana ada dtg rumah adik dia, (sy panggil kakcek) kat Klang iaitu umah yg sy tinggal ketika itu... mcm x ada apa2 yg aneh kami berborak seperti biasa...cuma dia ckp ubat dia dah habis, hr Ahad farmasi dah tutup...so dia g klinik ambil ubat tp bukan ubat yg dia mkn hari2 tu... Kak ana ada lelah..dr kecil dia memang ada sakit asthma tu... so, dia memang x boleh kalau x mkn ubat tu...

Mlm tu pukul 2 pg kakcek kejut bgn dia ckp abg tapa tipon bg tau kak ana kena semput, skrg kat hospital seremban... kami pun bergegas terus ke hospital seremban. sampai hospital saya nampak anak2 kak ana Fuad, Syafiq and Isya yg ms tu baru umur 6 tahun duduk kat lantai depan Emergency Room.. kak ana masih kat dalam ER lagi...critical sbb masa dia pengsan, oksigen x sampai ke otak... doktor ckp peluang utk hidup 50-50... kalau hidup pun dia x mcm org normal dah sbb dia mungkin mengalami kecacatan otak... sy sedih sgt ms tu sbb anak2 kak ana semua masih perlukan dia.. Fuad baru 16thn, Syafiq baru 14 tahun and Isya baru 6 tahun... Isya masih kecil lagi... dia menangis kat kakcek yg dia panggil makcek... " Cek... mak adik...."

Isya dan Abg Tapa masa sukan tadika (masa ni arwah br meninggal)

Kami bergilir2 masuk jenguk kak ana kat dlm ER, sy x sanggup tgk mcm2 tiub and wayar kat tubuh kak ana, doktor still nak monitor lg... jam 4 pagi, kak ana dibawa ke wad.. masa tu kak ana koma tp dia dibawa ke wad biasa... kesian kak ana..sbb ICU penuh ms tu..tau2 je lah hospital kerajaan... kami bergilir2 naik teman kak ana.. x boleh ramai2 tunggu kat dlm wad. Syafiq x nak berganjak tunggu kak ana, walaupun sy x nampak dia menangis...tp sy tau hati dia sedih... saya dgr dia ckp " mak bgn lah..." selama kami bergilir2 masuk wad, sy cuma tgk syafiq pandang je kak ana,, sambil pegang tgn kak ana... sy tgk muka kak ana, dia mcm org tgh tidur cuma tiub yg dimasukkan dlm mulut dia jer yg sy rasa menyeksakan dia...

Pukul 7 pagi, keadaan kak ana x begitu baik, jantung kak ana beberapa kali terhenti... doktor berulang kali buat cpr... utk kali yg keempat, doktor ckp kalau jantung dia berhenti lagi, doktor x kan buat cpr lagi... mesti kak ana ms tu skt sgt... kira2 jam 9 pagi kak ana pergi meninggalkan kami semua... masa doktor ckp dia dah x ada...sy tgk isya menangis peluk abg tapa... syafiq ngan fuad menangis panggil mak.... sy x sanggup nak tgk semua tu... lutut sy menggeletar...sy x percaya kak ana dah x ada... br semalam kami berborak mcm biasa... saya terkilan kak ana x sempat tgk sy dan adik dia berkahwin... x lama kemudian ayah, mak dan boyfriend sy sampai... masa tu mak kak ana menangis semahu2 nya... mak memang sensitif orgnya.. mak x kuat nak tempuh semua ni..berbulan2 lamanya mak asyik menangis je... even sampai skrg pun kalau dia terkenangkan arwah dia akan menangis lagi...boyfriend sy cuma menangis siki jer... kemudian kami semua tunggu kat bilik mayat... mayat arwah dibawa ke kg utk dikebumikan pd hari itu juga dgn van jenazah...saya sempat call mak sy bg tau kematian kak ana.

Sampai di kampung sudah ramai yg menunggu di luar rumah, saudara mara juga dah ramai yg sampai. Semasa mandikan jenazah...sy tgk muka arwah tenang je... mayat arwah dikebumikan pada pukul 3 ptg... semasa mayat diturunkan kedalam kubur sy lihat abg tapa lama menatap wajah arwah sambil yg lain tunggu utk mengambuskan tanah... Fuad ckp " abah dah la tu..." ms tu sedih2 sgt2... x tahu apa yg terbuku dlm hati abg tapa... susah dia nak melepaskan arwah pergi... sy kesian kan isya... dia masih kecil ketika itu... mcm mn ngan kehidupan dia selepas ini... sy teringat arwah pernah berpesan pd fuad..." bang, ko belajar la rajin2. esok bila mak dah mati nanti abah pulak kawen lain ko tau lah cane...ko ingat mak ckp ni, kat kerusi ni mak duduk, kak su kau jadi saksi mak ckp ni.." ms tu sy cuma tergelak je...tp skrg sy menangis... sepanjing penulisan sy ni air mata sy x berhenti2 mengalir... mlm tu kak ipar sy ckp suami saya menangis semahu2nya...tersedu2 sampai kakak ipar saya tu x boleh tidur... mungkin dia br nak lepaskan semua sbb ms siang tu sy tgk dia berlagak mcm biasa je... arwah yg paling rapat ngan dia, now dia rs dia hilang tempat dia nak mengadu...

last 2 weeks sy dikejutkan ngan berita Fuad xcident... kakcek menangis ms bg tau sy...dia rs dia x blh nak tempuh satu lagi kematian.. anak arwah xcident... kami terus bergegas ke hospital seremban dgn menaiki kereta masing2 sbb nanti sy nak ambil wazif dr umah pengasuh.. Fuad kat dlm ER yg sama masa mak dia dulu... kami menuggu dia dilantai yg sama ketika kami tunggu arwah mak dia dulu...teringat balik masa peristiwa arwah dulu... Fuad patah kaki..dia cuma ckp x ada apa2...tp kami risau jugak sbb kepala dia luka juga...takut2 ada darah beku... tp mujur x ada apa2...

Fuad dalam ER


Kami tetap akan mengingati arwah sampai bila2... Kak ana, walaupun sy x pernah ckp apa2 ngan kak ana...sy syg sgt kat kak ana... rs berat sgt dada ni sbb rindu kat kak ana... nak sgt sy mimpikan kak ana... rindu nak mkn msk kicap kak ana... berat sgt rasanya...sy yg org luar ketika itu pun rs mcm ni dan utk adik beradik dia apatah lagi...kehilangan dia begitu dirasakan... sebab dia pergi tanpa jangkaan apa2...



Isya yg masih kecil

Arwah ngan Kakcek



Kami di PD

We love u forever... AL-fatihah..


Friday, April 2, 2010

Uri

entry yg panjang
12.54 pm 24 Dec 2009

Selepas baby keluar, saya rasa mcm x percaya sampaikan bila doktor letak baby atas badan saya, saya cuma pandang tanpa perasaan... sebenarnya saya letih! bila nurse angkat baby utk dibersihkan, saya cuma memandang kosong je... badan saya penat and saya LAPAR! ok dr pagi sampai tgh hari saya x makan apa pun selain pil b6 saya...huhuhu tp...kejap ye... knp doktor masih goncang2 perut saya dari tadi...oh NO! x kan lah! tidakkkkkkkkkkk.....

2 bulan sebelum saya bersalin,saya ada terbaca mengenai uri lekat, (selepas baby dah keluar, uri pun akan ikut keluar selepas itu tp kalau uri masih x keluar, doc akan cuba dengan menggoyang2kan perut sambil tekan kat ari2, kalau x keluar jugak terpaksa tolak kat operation room la nampaknya...)

Doc masih dgn usahanya itu... saya tnya doc ada mslh ke? dia ckp x ada apa2... pastu dia ckp dia nak cuba keluarkan air kencing saya mungkin sbb tu uri sy masih x mau keluar... tetap x blh jgk , then doc tu berdiri and dia suruh sy sedut gas yg kat tepi katil saya...(gas tu saya sedut bl construction dtg, dia buat kita mcm mamai, ms contruction dtg, cpt2 sedut gas tu and bila contrustion hilang, berhenti sedut gas. and kita akan rs sakit tp mcm kuranglah sikit...(macam je... tp rs gak sakit tu) so, cpt2 sy sedut gas tu..and u know what doc tu bt? ye btl, doc tu masukkan tgn dia utk tarik keluar uri itu..huhuhu dan sktnya lbh dr sakit bersalin...saya sedut gas tu sampai rs mcm nak masukkan je penyedut tu dlm mulut huhuhu sampai sy merengek mcm budak kecik...dan doc tu tarik uri tu then putus, tarik lagi, putus...bnyak kali jugak la dia tarik putus, and blh anda bygkan brp kali doc msk kan tgn dia...huhuhuhu... akhirnya selesai...sy pun berenti sedut gas...tp tibe2 doc ckp ok suhada doc nak check lagi ada darah beku tak, sedut lagi ye...what? lagi sekali...huhuhu...
saya buka mata tgk kat apron doc tu penuh ngan darah.. kemudian doc jahit..ye sakit okeh sbb mula2 ms sy meneran doc dah inject bius dan skrg bius tu dah hilang... dah selesai semua nurse tu bwk baby kpd sy utk bagi susu dan baby sy sgt pandai, dia terus hisap..hahahaha (memang pandai pun sbb ms scan 4D tu tgk dia tgh hisab jari, sabo ye lah)...

then, sy diusung masuk wad, sy ambil double bed, org sebelah saya bersalin awal 2 jam dari saya and nama dia suhana...bole? suhana and suhada...katil sebelah2...(tp sampai sudah x bercakap pun) hubby tnya nak mkn apa? sy pesan mcm2... x lalu mkn lauk hospital ni... br je nak tido kakcek sampai ngan ima(cousin) and 3 lagi anak saudara...adus x blh tido la nampak gayanya...pokpekpokpek bercerita penglaman tadi..ngan anak sedara bertiga naik atas katil, kejap2 tukar siaran tv la, siap diorg yg habiskan makanan hospital sy...huhuhu, x lama tu my bff Didhe sampai ngan hubby dia sharel and anak debab dia Diya..sembang2...En Yusnee 1 family (engineer kat office) plak dtg pastu abg usop n kak ros sampai (org yg bakal jaga anak sy), pastu kak zura (kakak ipar Didhe)ngan adik dia, pastu Dayah n hubby dia Keyon sampai bwk lauk org berpantang lagi...(lauk tu kakcek ngan ima yg masak, kirim kat Dayah)...at last kul 11 jugak br saya dpt tido...


baru nak lelap, nurse dtg bwk baby, adus....dia ckp baby biar tidur ngan ibu, biar dia ada bau ibu...bole? saya ni penat.......pasrah je,,,ngan anak suhana (org sebelah katil) melalak tetibe terus masuk gear 5 nye... mana la dpt tido sgt mlm tu...hubby plak blk umah sbb sy amek double bed, hubby x blh tunggu...x pe la... nak buek cano...baby saya? ok jer...good boy...dia tau mama dia keletihan...letih sbb x rehat2 dr pas bersalin and letih bercerite ngan org yg dtg ;-)

Esok terus blh kuar hospital...and sy terus ke kampung halaman di Pahang utk berpantang di rumah emak...;-) (berpantang? kacang je.....)

Thanks ye semua yg sudi menjenguk saya di hospital, itu pun ramai lagi yg nak menjenguk tp sbb sy kuar hospital esoknya jugak, so ramai yg terkilan.... sori ye semua...
(org kalau tgk anak kiter x comel, tp kite mak dia rasa anak kite tu comel je...hahahaha..;-)


Ngan Mak ngah Ima

Ngan Makcek

Husna xcited mcm dpt adik baru

I'm a boy

Masa ni kejut la mcm mn pun x kan bgn..

Wazif kini dah pandai senyum dan ketawa..

Suker org ambil gambar dia

makcek panggil saya embam...(sabo ye lah...)

I love dady..

Wazif terkini 2 April 2010 ;-)

nota kaki : hubby ckp ms doc nak kuarkan uri tu, darah memancut mcm darah ayam kene sembelih..(hah?) and mak saya ckp uri tu terputus2... (kesian saya huhuhu) and yg paling menggerunkan doc ckp possibility kene mcm ni jgk utk anak yg seterusnya juga ada...(what??? cano nak bg wazif adik ni???? waaaaaaaaaa)