Sue & Ady

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Wazif Syahmi

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

Sekitar Audit 5S dari MPC

Last week Company saya akhirnya berjaya mendapatkan pensijilan 5S dari MPC. Wallawei....as Champion of my department i am very proud of myself. Segala penat lelah usaha nak mendidik, mengajak, mengarah, memerah idea masa buat 5S ni rasa terbayar dah.. huhuhu so ni nak tunjuk beberapa gambar masa audit 5s tu.. Auditor pada hari tu ialah Pn Marziah.

Tu dia dah mai dah...
Ok, bagus...

Ceh2 guide la konon...



Bawak sampai kat Ash Pond




Kenang-kenangan kat Ash Pond..

Sebabkan auditor ni pakai baju kurung, tak dapatla nak bawak dia naik kapal...;(

Last pic kenang-kenangan kat Jeti KEV ;) (* saya keje kat serombong 3 batang tu...)

* dalam kapal tu penuh org jantan yang dah lama x tgk pempuan, kalau berani naik r...

xoxo


Wednesday, April 27, 2011

Gigi Terakhir Tumbuh & Red Valvet Cupcake

Start jam 12pm saya dah rasa macam nak menampar muka orang je. Semua gara-gara sakit gigi, tapi tak sure gigi mana yang sakit sebab sakit sekali ngan rahang. Kan kalau sakit gigi ni kalau boleh tak mau bercakap, tak mau di ganggu.. even kalau telepon office bunyi je rasa nak baling dalam tong sampah je. Sebab dah tak tahan sangat saya gi Despansari jumpa Mr Kula, dia suruh nganga and dia cakap " you umur berapa baru gigi bongsu mau tumbuh?" what??? really? cane aku blh tak perasan ada gigi yang nak tumbuh.. punya la kebelakang nau gigi tu nyorok, tu yang tak perasan tuh. Then Mr Kula bagi MC. Memang rugi MC dah setengah hari, tapi sakit nye pasal blah r dari office, kang ramai lak yang ganggu otak.

On the way balik, tetiba hilang sakit tu.. hek elleh.. apa lagi balik tu terus menyenteng lengan baju buat cupcake. Reason yang tetibe nak buat cupcake ni ialah sebab time ni je la dapat buat sebab hero tak de nak ngaco.. hehehe

 Sebelum Masuk Oven

 Baru kuar oven.. panas lagi nih..

Dah letak topping and hias sikit2..

Nampak kecokelatan ditambah kemerahan dia tu...

Sebenarnya saya tak suka kek. I just love to baked. so kek yang saya buat habis saya agih2kan kat jiran and bebudak office. siap diorang cakap len kali buat lagi ye... ceh! kalau makan free menyengeh korang sampai ketelinga... bak kata rayyan (anak officemate) " ma.. cedap ma..." ;))) * rayyan yang ckp bukan i... hihihi*

*wah dah 2 hari direct ko hupdate blog... well...dimana ada jalan disitu ada highway...

xoxo

Tuesday, April 26, 2011

Terapi Bagi Menghilangkan Stress

Lately ni ada beberapa aktiviti yang saya buat yang memang saya tak pernah buat sebelum ni. Secara tiba-tiba je terfikir nak buat and lepas cuba i'm in love with what i'm doing now. Dengan melakukan aktiviti ini saya telah dapat mengurangkan stress yang ada sekarang nii. and u all pun patut cuba... BEST!!!  ;)

Aktiviti pertama : berbakti pada tanah sekangkang kera. Walaupun duduk umah tingkat 3... tak jadi hal la setakat nak tanam sayur2an... bukan nak tanam pokok derian ke moktan ke...

Sayur kangkung.. caye x??? hehehe

Kangkung yang meningkat usia..

Yang ni tanam kucai tumbuh bayam merah... confius2...

Akan cuba menambah jumlah pasu dan menambah koleksi tanaman di halaman balkoni belakang umah. Niat hati nak tanam cili api, terung bulat, pokok kari.. uihhh banyaknya perancangan...


Aktiviti kedua ialah... membuat kek.. ;) tak penah seumur hidup buat kek dan ianya menjadi...;))))


Rare Blueberry Cheese Cake

Selepas dihias dengan strawberry yang dipetik dibeli dari carefour..






Dan kejayaan paling besar ialah menerima tempahan kek dari orang lain juga..huhuhu


Salah satu kek tempahan pelanggan..wah2..

Dan aktiviti terakhir adalah mencuba resepi2 baru dari internet... ;)

Macaroni..
Red Valvet
Choc Moist Puding

Sangat enjoy buat semua aktiviti2 ni.. kadang2 rasa ketagih plak... hahaha (ok tipu)

* apahal ko lama x update??? : Henpon rosak, camera charging ntah kemana.. blog tak leh upload gambar, anddddddddd x tau kenapa mood tak de. :(.

* moktan : rambutan

xoxo

Sunday, January 16, 2011

Mari Memasak

Cooking with hungry belly love...

ye... memang lama tak update blog... ada je.. hari2 online tapi mood nak berblog tu tak de... rajin baca blog orang lain je. Banyak benda nak update. Banyak perkara yang jadi. Ngan ayah yang sakit tunggu masa 26 hb Jan nak operate. Ayah sakit canser kelenjar kat tepi leher dia. Last 2 weeks saya asyik berulang ke hospital Serdang ngan HUKM. Last week opah saya meninggal dunia setelah 2 tahun sakit tua. Kami saudara mara surprise gile yang ada saka pada opah, then sekarang saka tu ada pada cu saya. Kesian Cu sampai hari ni every night meracau jadi 'benda' tu... and yang kitorang surprise sangat tu 'benda ' tu cakap kami ni keturunan ;Tun Fatimah" yang kawen pahlima dari Melaka. hmmm ntahla...

Tapi hari ni nak cite pasal saya memasak semalam dengan bantuan si kecik wazif.. hehehe. Masak yang paling simple sebab lapar tahap gaban dah semalam. Ok resepi pertama ialah" Petai Goreng Sambal Ikan Bilis". Masakan ni feberet husband saya. kalau yang ada ikan bilis tu memang kegemaran dia. Masa pantang hari tu ikan bilis untuk lauk orang dalam pantang dia yang habiskan.

Bahan2 nya ialah :

Petai yang dikikis kulit. Saya suka ambil sekali kulit dia kalau nak goreng. Sedap ok. Tak pahit pun.



Kentang.

 Bawang Besar.

 Cili Api (kalau nak pedas tambah lagi)

Dan yang terakhir....


Ikan bilis.

Cara-caranya. Goreng ikan bilis, kemudian ketepikan.

Tumbuk cili api dengan sikit bawang besar.

Tumis bahan yang ditumbuk tadi, kemudian masukkan bawang besar dan kentang.

Lepas tu masukkan petai, garam, gula dan perasa. Then..


Siap! (sedap...) :-D

Lepastu saya masak resepi "Sotong Goreng Tepung".. ala semua pun tahu resepi ni... saje nak tunjuk saya masak semalam. hehehe..

Ok, sediakan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sekali ngan garam dan lada sulah.

Sotong digaul dengan telur, kemudian gaul rata dengan tepung tadi. Lepastu goreng dalam minyak yang panas sampai kekuningan... then...

Siap!!

Hari ni wazif kat rumah mama no 2 dia, tu yang ada masa nak update blog ni... hehehe

Daaaaaaaaaaa.....

Saturday, December 25, 2010

Minggu yang penuh pancaroba

minggu ni penat sangat...

Ayah, mak, kaknyah and kak uji datang umah. Balik dari kampung terus singgah umah, aku tengok bengkak kanser ayah aku keluar darah, terus tak sennag duduk ajak ayah gi hospital. Tapi macam biasalah ayah tetap x mau pi. Aku kol anak buah aku yang kerja kat hospital Serdang, dia mintak aku paksa gak ayah gi hospital. Sampai hospital dah pukul 6 lebih, klinik dah tutup kena gi bahagian emergency, menunggu. kat luar hujan lebat. Ayah kena tahan ward. Sementara nak tunggu doc pakar datang check ayah and transfer ayah masuk ward kami g makan dulu kat Alamanda. Baru order makan husband anak buah kol cakap doc nak tengok ubat ayah, then terus gi hantar ubat dulu. Wazif tinggal ngan mak. Kesian dorang nak makan pun susah kena jaga bebudak.

lepas makan hantar nasi bungkus kat ayah, tapi waktu melawat dah habis, mujur anak buah ada pas kerja, so boleh masuk 2 orang. Pastu terus balik Klang. Wazif pulak meragam tak nak ngan siapa2. Dia nak tido. Sampai Klang pukul 12 lebih. Penat.

Bangun pagi, pergi pasar. Then masak. Ayah kol cakap doc nak surat reference dari doc yang ayah penah operate dulu. Surat tu kat kampung. Kak uji plak tak tau jalan balik kampung, so aku terpaksa ikut balik kampung. Wazif demam pulak. Mungkin sebab terdedah dengan banyak virus kat hospital atau terkena hujan sikit. Sampai kampung dia merengek je, malam tu aku tak tido sangat sebab wazif asyik merengek je. Penat.

Esok pagi nak balik kena tunggu abang datang dari Chini, balik Serdang ngan dia sebab kak uji nak settlekan hal sekolah dia. tunggu Yok (abang) sampai kul 12 lebih, makan2 dulu pastu baru bertolak ke Seremban umah kak Mun. Diorang nak ikut sekali gi hospital. Masa tu dah pukul3 petang. Ikin (adik) asyik kol je suruh cepat sebab doc tunggu nak surat. haish penat dowh kena gasak2 macam tu ngan wazif merengek sebab demam. haish. Sampai hospital kul 5 lebih, bagi surat kat doc and doc ckp tak boleh buat operation sebab takut kanser dah terkena alteri. huih... kena buat MRI dulu then kalau betul tak boleh operate ayah kena buat radiologi kat KL. Malam tak tido lagi sebab wazif meragam... Penat.

Esok tu balik Klang anak buah hantar dalam keadaan hujan lebat. Wazif x nak duduk langsung, nak berdukung je. aduih.. tak sabarnya nak tunggu hubby balik. Bang tolongla isterimu ini...

p/s: baru tau rasa peritnya jadi ibu tinggal... huhuhu

 Lobby hospital pada jam 11 mlm.. lengang..

 Wazif with mak uda ..

ok bye.

Wednesday, December 15, 2010

Aci-Aci Buka Pintu

Aci2 buka pintu.. nana balik pukul 1... lagu ni la yang duk berulang2 dalam kepala hotak i sejak minggu lepaih sampai la hr isnin hari tu. naik lali dah.


Isnin hari tu ada dinner kelab kilat. x pasal2 setiap bahagian kene bt performance..bantai je la nak wat apa pun, jgn yg bukan2 sudah.. kang x pasal kena baling telur ayam kang. kami bebudak BSS (perasan mcm budak sekolah buat persembahan masa hr kantin sekolah) decide nak belakon sketsa aci2 buka pintu (dah mcm sketsa hari penyampaian hadiah akhir thn sekolah je).. tp tu la sbb dh x de idea.. masing2 x nak belakon plak tu.. pening memikior kan sape nak jd aci, sape nak jd nana.. last2 rembat je la mn yg ada.. 


and akhirnya hasil yg mengejutkan.. kami mendapat pujian yg maha2 x sangka... hahaha smpai CEO pn puji... walawei.. sbb bahagian lain buat ala kadar je, plg beria pun buat dikir barat. ha hat tu i puji.. sbb depa sungguh2 smpai ada yg sanggup sponsor baju batik group depa and 1 hari 3 jam belatih walaupun ada yg keje shift.. hmmm kami 2 hr sbelum dinner br nak berlatih... tp yg plg best kostume hantu yg plg mendapat pujian, padahal 1 badan berpin bagai sbb tersalah potong. 


nnti next entry i share kan gambar ye... 


oh ok2 i letak la sikit gambor...hehehe alah sbb mamat yg tngkap gambar tu ntah bila nak upload gambar ntah.. so ni gmbar pakai camera cap ikan i...


Gambar sebelum makan and sebelum bt performance...


with pregnant women.. she is my hubby's cousin..




The performance..


eh i jadi apa??? hehehe tunggu i update next entry ye.. ;)



Sunday, December 12, 2010

Coklat Menghilangkan Stress Dan Wazif Nak Dapat Adik Baru????

wahhh2... tajuk x blh blah...

Ada orang cakap coklat mengemukkan ada yang ckp x... tp i penah la dengar org ckp makan coklat ni boleh hilangkan stress.. hmmm memang betul pun.. i dah cuba dah.. tapi i tukar sikitlah cara dia.

Semalam wazif asyik merengek je, sampai i x boleh nak gi mana2.. nak minum air pun kena bwk dia sekali, i rasa mcm gigi ke8 dia baru nak tumbuh.. tu yg merengek je... so Ahad i stress x dapat nak rehat... smpai dia baring pun atas kaki i...stress... so nak hilangkan stress i, i gi dapur tgk dlm peti ada wafer milo... i makan satu wazif pandang je i mengamuk2 nak jugak, then i bagi la pada dia... ting!!! stress i blh hilang!!!!!! sbb nya wazif blh diam tanpa pedulikan i nak kemana pun sbb dia dpt mkn wafer milo tu...ngeh ngeh ngeh ;) (ok benda manis x sesuai bagi pd baby atau kanak2 ye...) hehehe actually kejap je i bg kat dia... x sampai suku pn masuk dlm perut dia.. sbb habis baju and cadar tilam kotor kena wafer tu..

Tapi kita blh nampak mcm mn kesannya coklat dpt menghilangkan stress!!!


 snap pic ni kt bawah buai..


tak sedar gambarnya diambil..




makan sneak sambil tgk tv...





Meneliti apakah ramuan yang terkandung dalam benda sedap ini..




Yes saya pun hilang stress sakit gigi yang nak tumbuh...

sebab gembira sangat sampai wazif nak adik????

Orang cakap bila dah hisap jari kaki tu nak dapat adik???? hah???? hehehehe